Kami sentiasa peka dengan pandangan anda.

Soalan Lazim

Kenali StarCruises & Dream Cruises

Di bawah StarDream Cruises, kapal manakah yang beroperasi di bawah jenama StarCruises dan Dream Cruises?

  • Kapal persiaran Star Navigator dan Star Voyager kini beroperasi di bawah jenama StarCruises.
  • Kapal Persiaran Genting Dream kini beroperasi di bawah jenama Dream Cruises.

Apakah destinasi dan laluan pelayaran yang kini ditawarkan oleh StarCruises dan Dream Cruises?

• Jom layari Brosur & Panduan kami, pilih kapal anda, dan klik 'Panduan Pelayaran' untuk menyemak gratuiti yang perlu dijelaskan di atas kapal.

Apakah perbezaan antara jenama StarCruises dan Dream Cruises?

Kami bawakan dua jenama berbeza di bawah StarDream Cruises demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat setiap pengembara di rantau ini:


StarCruises:

  • Nikmati gaya hidup pelayaran premium pada harga yang cukup berbaloi.
  • Hiburan meriah di atas kapal, sajian bertaraf dunia, serta pengalaman bertema yang memukau.
  • Kapal bersaiz sederhana (sekitar 2,000 penumpang) yang menawarkan pengalaman pelayaran lebih akrab dan mudah untuk diterokai.
  • Jadual pelayaran yang ringkas dan tertumpu pada persinggahan pelabuhan ini amat sesuai untuk pengembara tempatan mahupun mereka yang menikmati pakej Penerbangan-Pelayaran.


Dream Cruises:

  • Pengalaman di atas kapal yang mewah dan elegan.
  • Kapal yang lebih besar dengan kapasiti melebihi 3,000 orang penumpang.
  • Jadual pelayaran Fly-Cruise mewah untuk pengembara moden, diserikan dengan hiburan rancak serta sajian bertaraf dunia.

Di manakah lokasi pejabat dan wakil rasmi StarDream Cruises?

  • Ibu pejabat StarDream Cruises terletak di Singapura, dengan pejabat dan wakil rasmi yang kini beroperasi di Kuala Lumpur, Hong Kong, Taipei, Jakarta, Delhi NCR, Mumbai, Guangzhou, Shanghai, Manila, Seoul, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

Soalan Tentang Tempahan Pelayaran & Pembayaran

Adakah semua orang boleh membuat tempahan pelayaran?

  • Ya, tempahan pelayaran terbuka kepada semua individu, tertakluk kepada syarat dan keperluan perjalanan yang ditetapkan oleh pelabuhan berlepas atau negara asal individu.
  • Individu yang berminat dinasihatkan untuk menyemak syarat dan panduan perjalanan terkini sebelum membuat tempahan bagi memastikan pelayaran berjalan dengan lancar.

Apakah syarat untuk belayar bersama kapal persiaran StarCruises dan Dream Cruises?

  • Bagi memastikan pelayaran berjalan lancar, semua tetamu perlu menyediakan pasport asal yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan. Jangan lupa bawa bersama dokumen perjalanan atau visa yang diperlukan untuk jadual pelayaran anda.
  • Kami sangat menyarankan agar para tetamu mendapatkan insurans perjalanan sendiri demi memastikan percutian yang lebih tenang dan terjamin.

Apakah kategori kabin (bilik) yang tersedia ada di kapal persiaran StarDream Cruises?

  • StarDream Cruises menawarkan pelbagai pilihan kabin (bilik) bagi memenuhi keperluan dan keselesaan setiap penumpang. Antara kategori yang tersedia ialah Bilik Interior [Bilik Dalaman], Oceanview [Bilik dengan Pemandangan Laut (Tingkap)], Balkoni / Balkoni Deluxe [Bilik dengan ruang balkoni], dan Palace Suites (Bilik Mewah Palace).

Adakah caj pelabuhan dan caj perkhidmatan (gratuiti) termasuk dalam tambang pelayaran? Bilakah bayaran perlu dibuat?

  • Harap maklum bahawa gratuiti anda tidak merangkumi caj pelabuhan serta bayaran perkhidmatan. Caj pelabuhan perlu dijelaskan lebih awal serentak dengan pembayaran tambang pelayaran. Bayi bawah 2 tahun dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan, manakala kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas tertakluk kepada caj yang sewajarnya.
  • Gratuiti boleh diselesaikan di atas kapal sewaktu daftar ke luar pada hari terakhir pelayaran anda.boleh diselesaikan di atas kapal sewaktu daftar ke luar pada hari terakhir pelayaran anda.
  • Nak tahu lebih lanjut tentang kapal Genting Dream? Sila layari laman Brosur & Panduan dan klik pada "Panduan Pelayaran Genting Dream".
  • Bagi meneroka Star Navigator dengan lebih dekat, jenguk laman Brosur & Panduan kami dan klik "Panduan Pelayaran Star Navigator".
  • Nak tahu lebih lanjut tentang kapal Star Voyager? Layari laman Brosur & Panduan dan klik pada "Panduan Pelayaran Star Voyager".

Adakah StarDream Cruises akan mengenakan caj tambahan minyak berikutan situasi geopolitik semasa di Timur Tengah?

Susulan peningkatan ketara harga minyak akibat keadaan geopolitik di Timur Tengah, StarDream Cruises telah mengenakan caj tambahan minyak.


Caj tambahan minyak ditentukan berdasarkan setiap kapal dan jadual pelayaran, dan mungkin berubah sekiranya berlaku turun naik harga minyak. Caj ini akan disemak dari semasa ke semasa mengikut perubahan harga minyak dan boleh dikurangkan atau diselaraskan bagi tempahan baharu, jika perlu.


Jumlah caj akan dikenakan secara automatik ke dalam akaun penumpang dan perlu dijelaskan sebelum turun dari kapal.


Genting Dream

Pelayaran yang berlepas dari Singapura / Pelabuhan Klang / Melaka: SGD10* bagi setiap penumpang, untuk setiap malam


Star Voyager

Pelayaran yang berlepas dari Singapura / Pelabuhan Klang / Melaka: SGD10* bagi setiap penumpang, untuk setiap malam


Star Navigator

Pelayaran yang berlepas dari Keelung: NTD 450* bagi setiap penumpang, untuk setiap malam


*Dikenakan kepada penumpang berumur 2 tahun dan ke atas.

*Bagi tempahan baharu yang dibuat pada atau selepas 1 Oktober 2026.

Adakah penumpang boleh menyertai pelayaran sehala dari pelabuhan yang terpilih?

Ya, namun pilihan ini hanya tersedia ada untuk tarikh pelayaran tertentu sahaja.

Sekiranya terdapat perubahan / pembatalan jadual pelayaran, bilakah StarDream Cruises akan memaklumkan penumpang mengenai perubahan / pembatalan tersebut?

Penumpang akan dimaklumkan secepat mungkin sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pembatalan pada jadual pelayaran. Kami akan berusaha untuk memberikan makluman terkini dengan segera bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar.

Apakah pilihan yang tersedia sekiranya terdapat perubahan jadual pelayaran atau pembatalan destinasi pelayaran sebelum tarikh keberangkatan?

Sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pembatalan, penumpang akan menerima Notis Makluman Penumpang Rasmi terlebih dahulu yang menerangkan pilihan-pilihan yang tersedia berdasarkan jenis perubahan atau pembatalan tersebut.

Adakah daftar masuk dalam talian (online check-in) wajib dilakukan oleh setiap penumpang?

Ya, Daftar Masuk dalam talian adalah wajib bagi semua tetamu. Sebaik sahaja tempahan anda disahkan, sila ikuti langkah seterusnya untuk memastikan butiran anda diisi dengan tepat.


Nota: Daftar Masuk dalam talian ditutup 48 jam sebelum waktu berlepas, jadi pastikan anda selesaikannya lebih awal.

Adakah saya boleh mengubah waktu Daftar Masuk saya secara dalam talian?

Mohon kerjasama tetamu untuk tiba mengikut waktu Daftar Masuk yang telah ditetapkan. Keutamaan akan diberikan kepada tetamu yang menepati waktu bagi mengelakkan kesesakan, sekali gus memastikan proses Daftar Masuk berjalan lancar.

Bolehkah saya membatalkan pakej lawatan semasa kapal singgah di sesuatu destinasi?

Pakej lawatan yang telah dibayar terlebih dahulu boleh diubah atau dibatalkan tanpa sebarang penalti, selewat-lewatnya 3 hari kalendar sebelum tarikh berlepas.

Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai di atas kapal?

Pembayaran tunai kini lebih mudah di kaunter penyambut tetamu kami pada bila-bila masa! Bagi restoran dan kedai runcit, pembayaran tunai hanya diterima bermula 2 jam sebelum kapal kembali ke pelabuhan asal.

Apakah mata wang utama yang digunakan di atas kapal, serta apakah kaedah pembayaran yang kami terima?

Mata wang utama yang digunakan di atas kapal berbeza mengikut kapal dan pelabuhan utama. Kami menerima kaedah pembayaran berikut di atas kapal:


i) Star Navigator:

> Pelayaran dari Keelung & Kaohsiung: Dolar Taiwan Baharu (NT$)

  • Visa
  • Mastercard
  • Apple Pay
  • Samsung Pay
  • Google Pay

ii) Star Voyager (6 Sept 2026 – 7 Jan 2027):

>Singapura / Pelabuhan Klang / Melaka sebagai pelabuhan asal: Dolar Singapura (SG$)

  • Visa
  • Mastercard
  • Union Pay
  • JCB
  • Alipay
  • TrueMoney
  • Touch 'n Go
  • Apple Pay
  • GrabPay
  • Wechat Pay
  • GCash
  • Diners Club International
  • Samsung Pay
  • KakaoPay
  • Dana
  • PayNow


iii) Genting Dream:

> Pelayaran dari Singapura / Pelabuhan Klang / Melaka: Dolar Singapura (SG$)

  • American Express
  • Mastercard
  • Union Pay
  • Visa
  • Alipay
  • Grabpay
  • Wechat Pay
  • Apple Pay
  • Samsung Pay
  • Google Pay
  • Touch 'n Go
  • KakaoPay
  • GCash
  • TrueMoney
  • AlipayHK
  • DuitNow
  • PromptPay
  • UPI payment
  • JCB



Kaedah pembayaran yang diterima termasuk kad kredit/debit, pengecasan akaun dalam kapal, dan tunai (dalam mata wang yang berkaitan).

PERTANYAAN LAIN

Adakah perkhidmatan WiFi disediakan di atas kapal persiaran di bawah StarDream Cruises?

Ya, perkhidmatan WiFi disediakan di atas kapal StarCruises dan Dream Cruises, dengan caj yang dikenakan. Tetamu boleh terus berhubung sepanjang menikmati pelayaran mereka.


  • Penumpang Dengan Internet Prabayar


  • Penumpang Tanpa Internet Prabayar




Adakah StarCruises dan Dream Cruises di bawah StarDream Cruises menawarkan pilihan makanan yang diiktiraf Halal atau diet khas yang lain?

Kapal terpilih kami menawarkan pilihan Halal dan diiktiraf sebagai Kapal Persiaran Mesra Halal (Standard OIC/SMIIC*), bagi memenuhi keperluan pengembara Muslim di rantau ini.

PERTANYAAN MENGENAI KESELAMATAN & LANGKAH PENCEGAHAN

Apakah taklimat keselamatan yang dijalankan di atas kapal?

Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami. Semua penumpang diwajibkan menyertai langkah-langkah keselamatan sebelum kapal berlepas. Ini merangkumi:

  • Lokasi stesen berkumpul (turut tertera pada kad kunci dan pintu kabin anda).
  • Lokasi jaket keselamatan.
  • Tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.
  • Maklumat keselamatan juga boleh didapati melalui saluran TV di dalam kabin anda. 

Adakah kapal-kapal persiaran dilengkapi dengan kemudahan untuk menghadapi kecemasan perubatan dan keselamatan?

Ya. Kapal-kapal kami mematuhi piawaian keselamatan yang ketat dan dilengkapi sepenuhnya untuk menghadapi pelbagai situasi kecemasan:

➢Kakitangan perubatan terlatih (doktor dan jururawat bertauliah) serta pusat perubatan yang lengkap tersedia di atas kapal.

  • Jaket keselamatan disediakan untuk semua penumpang (termasuk kanak-kanak), dan boleh didapati di dalam kabin serta di stesen berkumpul.
  • Bot penyelamat disediakan dengan kapasiti yang mencukupi untuk semua penumpang.
  • Kru kapal yang terlatih dalam pengendalian kecemasan akan mematuhi prosedur keselamatan yang ketat.
  • Sekiranya penumpang berasa kurang sihat, sila hubungi pasukan perubatan di atas kapal dengan segera.

Apakah yang perlu saya lakukan semasa berlaku kecemasan?

  • Ikut arahan daripada Kapten dan kru kapal.
  • Pergi terus ke stesen berkumpul yang telah ditetapkan.
  • Jika anda berada di dalam kabin, bawa jaket keselamatan anda dan pastikan kanak-kanak bersama anda.
  • Kru kapal akan membimbing anda sepanjang proses kecemasan.

Adakah merokok atau penggunaan rokok elektronik (vape) dibenarkan di atas kapal?

  • Vape: Penggunaan rokok elektronik adalah dilarang di Singapura. Penumpang yang menaiki dan menurunkan diri dari kapal di Singapura adalah dilarang sama sekali membawa rokok elektronik ke atas kapal. Penumpang yang berlepas dari pelabuhan lain yang tidak melarang rokok elektronik boleh membawa rokok elektronik ke atas kapal.


  • Merokok / Vape: Dibenarkan hanya di kawasan yang telah ditetapkan di atas kapal, termasuk dek luar tertentu dan balkoni persendirian. Sila gunakan bekas abu rokok yang disediakan. Sila maklum membuang puntung rokok ke laut adalah dilarang sama sekali.


  • Kawasan Larangan Merokok: Semua ruang dalaman (termasuk kawasan awam, ruang istirahat, koridor, restoran, kabin dan suite) adalah kawasan larangan merokok.


  • Penting: Caj pembersihan menyeluruh akan dikenakan sekiranya terdapat kesan asap rokok dikesan di kawasan larangan merokok.


  • Peringatan: Sila sentiasa patuhi papan tanda dan panduan merokok yang dipaparkan di atas kapal.

Adakah lilin atau kemenyan dibenarkan?

Demi keselamatan kebakaran, penggunaan lilin, kemenyan, atau sebarang barangan seumpamanya tidak dibenarkan di atas kapal.

Apakah barangan yang tidak dibenarkan di atas kapal?

Demi keselamatan kita bersama, barangan berikut tidak dibenarkan:

  • Senjata: Sebarang senjata api (sama ada asli atau replika), senapang BB/pellet, peluru, busur silang, anak panah, baton, serta alat kejutan elektrik.
  • Bahan Mudah Terbakar & Bahan Letupan: Ini termasuk bunga api, suar, kemenyan, lilin, serta tangki gas termampat (seperti tangki selaman atau gas propana).
  • Objek Tajam: Ini merangkumi pisau, bintang melontar, senapang lembing, serta pisau cukur terbuka.
  • Peralatan Pemanas: Pemanas rendam, selimut pemanas, dapur elektrik (hot plate), serta mesin pembancuh kopi.
  • Dadah & Bahan Kimia: Dadah terlarang, gas pemedih mata, Mace, serta bahan kimia pelumpuh tidak dibenarkan.
  • Barang Terlarang Lain: Dron, papan imbang (hoverboard), Segway, bateri bersaiz besar; penunjuk laser, radio amatur, telefon satelit; Alat Penunjuk Kedudukan Radio Kecemasan (EPIRB) serta sebarang peranti isyarat kecemasan yang lain.
  • Demi keselamatan semua, sebarang barang yang boleh mendatangkan risiko kepada penumpang atau kru tidak dibenarkan.


Untuk persiapan terbaik sepanjang berada di atas kapal, sila layari panduan Bersedia Untuk Pelayaran Anda kami bagi mendapatkan butiran lanjut.

Adakah sistem pengawasan tersedia di atas Kapal?

Sudah tentu! Setiap kapal StarDream Cruises dilengkapi dengan sistem pengawasan bagi membantu memastikan keselamatan dan sekuriti semua orang di atas kapal.

Demi keselamatan diri anda:


  • Gunakan peti besi di dalam bilik untuk menyimpan barang berharga. 
  • Berhati-hati semasa turun dari kapal di pelabuhan, bawa hanya barang yang perlu. 
  • Sentiasa perhatikan barang peribadi anda dengan teliti.