
Setiap detik menjadi istimewa—sama ada hari jadi, ulang tahun atau lamaran. Dengan suasana yang sesuai, pengalaman biasa bertukar menjadi sesuatu yang mempesona di atas kapal paling mewah di Asia.
Pilih dari pakej kami di bawah, atau berbincang terus dengan pasukan perancang acara profesional kami untuk mencipta pengalaman yang benar-benar tiada tandingannya.
Abadikan setiap detik berharga di tengah lautan bersama Pakej Perayaan kami.
Daripada sambutan hari jadi dan ulang tahun hingga pencapaian penting dalam hidup — kami hadirkan cara yang sempurna untuk anda meraikannya dengan penuh bergaya.

Pakej Romantis Abadi
SGD135

Pakej Romantik Yang Mendebarkan
SGD515

Pakej Hari Jadi Sentiasa Muda
SGD160

Pakej Hari Jadi Wine & Dine
SGD505

Will You Marry Me
SCGD50
*Tersedia sebagai tambahan dengan pembelian pakej perayaan yang dipilih.
Hiasan belon "Will You Marry Me" kami menyulap suite anda menjadi latar lamaran yang sempurna — kerana cinta sejati layak mendapat detik yang luar biasa.

Selamat Ulang Tahun
SGD50
*Tersedia sebagai tambahan dengan pembelian pakej perayaan yang dipilih.
Raikan kisah cinta anda dengan hiasan belon romantis yang melambangkan kasih sayang yang kian mekar saban tahun. Sebuah kejutan manis yang seakan berbisik, “Dirimu sentiasa menjadi pilihanku.”

Belon Pelbagai Warna dengan Reben
(12 biji)
SGD9
*Tersedia sebagai tambahan dengan pembelian pakej perayaan yang dipilih.
Serikan lagi perayaan anda dengan 12 belon pelbagai warna yang memikat, lengkap dengan hiasan reben yang elegan. Lebih meriah, lebih bermakna!

Kek^
(Pelbagai saiz tersedia untuk sehingga 30 tetamu)
SGD55
Tersedia dalam pelbagai saiz:
- 0.5 kg Sesuai untuk 2–6 tetamu
- 1 kg Sesuai untuk 6–12 tetamu
- 2 kg Sesuai untuk 12–20 tetamu
- 3 kg Sesuai untuk 20–30 tetamu
Pilih daripada pelbagai perisa gourmet:
Black Forest, Keju Berkrim, Coklat, Keju Mangga, Karamel Masin, Kek Buah Vanila, Blue Velvet dengan Krim Keju, Coklat Mentega Kacang, Shortcake Vanila Strawberi

Kek Tempahan Khas
SGD260
Jadikan setiap detik istimewa lebih manis dengan kek tempahan khas kami. Sama ada untuk meraikan kisah cinta, keraian keluarga, mahupun kejayaan syarikat, kami sedia merealisasikannya mengikut citarasa anda.
Terokai pelbagai pilihan perisa gourmet kami:
Black Forest, Keju Berkrim, Coklat, Keju Mangga, Karamel Masin, Kek Buah Vanila, Blue Velvet dengan Krim Keju, Coklat Mentega Kacang, serta Shortcake Vanila Strawberi.
Jadikan ia lebih bermakna dengan sentuhan peribadi, kami boleh mencetak mesej khas atau logo syarikat anda dengan kemas dan elegan pada saiz sehingga A4.
Nota Penting:
^Untuk kek tempahan khas, kek foto, atau pastri mini foto, sila hantarkan foto atau logo anda sekurang-kurangnya 14 hari bekerja lebih awal. Pastikan segalanya disahkan selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum pelayaran. Pesanan minimum untuk pastri mini ialah 12 keping.
Kek anda akan dihantar ke bilik pada malam pertama pelayaran, melainkan anda mempunyai permintaan lain. Penghantaran ke restoran juga boleh diuruskan atas permintaan. Semua permintaan khas tertakluk kepada semakan dan kelulusan kami. Bagi memastikan pengalaman yang sempurna, sila hubungi kami lebih awal untuk sebarang keperluan diet atau pertanyaan tentang kek anda.
*Semua harga kek dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 18%. Sila ambil maklum bahawa selaras dengan dasar StarDream Cruises, minuman beralkohol tidak dibenarkan dibawa ke atas kapal. Jika anda mempunyai keperluan khas, sila buat permohonan awal untuk semakan dan kelulusan. Yuran corkage akan dikenakan.