Tentang StarDream Cruises

Tentang StarCruises

Dengan legasi yang kaya selama lebih 30 tahun, nama asal Star Cruises kini dihidupkan semula sebagai StarCruises. Kami membawakan pendekatan yang lebih moden, bertenaga, dan inovatif untuk menyajikan pengalaman pelayaran berorientasikan gaya hidup buat generasi baharu di seluruh rantau ini.


Jenama StarCruises yang diperbaharui ini membawakan:


  • Pelayaran gaya hidup yang premium namun mampu milik.
  • Hiburan atas kapal yang meriah, sajian bertaraf dunia, dan pengalaman bertema yang unik.
  • Kapal bersaiz sederhana dengan kapasiti hampir 2,000 penumpang untuk suasana yang lebih intim dan selesa.


Armada StarCruises kini diperkuatkan dengan kehadiran Star Navigator dan Star Voyager.


Star Navigator akan memulakan pelayaran dari Singapura pada 7 Mac 2025, sebelum beroperasi secara eksklusif di Taiwan selama 8 bulan. Sepanjang tempoh ini, para tetamu boleh menikmati jadual perjalanan yang pelbagai menghubungkan pesisir pantai Taiwan yang indah dengan pelbagai destinasi menarik di Jepun dan Korea Selatan, peluang keemasan untuk menyaksikan bunga sakura di musim bunga, pemandangan laut musim panas, serta dedaunan musim luruh yang memukau. Sementara itu, Star Voyager akan mula belayar pada 26 Mac 2025 dari pelabuhan pangkalan bermusim di Singapura, Jakarta, Melaka, Bangkok, dan Ho Chi Minh, dengan lebih banyak destinasi bakal menyusul.

Tentang Dream Cruises

Dream Cruises membawa pengalaman pelayaran mewah ke satu dimensi baharu, menggabungkan keanggunan tiada tara dengan perkhidmatan bertaraf dunia, disulami keistimewaan eksklusif serta kemudahan premium.


Keistimewaan Dream Cruises:


  • Pengalaman di atas kapal yang serba canggih dan sangat memanjakan.
  • Kapal yang luas dan megah dengan kapasiti melebihi 3,000 penumpang.
  • Hiburan yang rancak, santapan bertaraf dunia, serta pengalaman bertema yang mengujakan.
  • Jadual pelayaran Fly-Cruise mewah yang direka khas untuk pengembara moden.


Genting Dream, kapal perdana Dream Cruises, beroperasi dari Singapura sepanjang tahun dengan tawaran perjalanan ke Malaysia, Thailand, dan Indonesia. Ia merupakan pilihan ideal bagi pengembara yang mendambakan gabungan sempurna antara percutian kota di Singapura dan pengalaman pelayaran mewah di rantau ini.

KISAH JENAMA KAMI

Di StarCruises dan Dream Cruises, setiap perjalanan menjanjikan pengalaman yang sama hebatnya dengan destinasi yang anda tujui. Jom naik ke atas Star Navigator dan Star Voyager, kapal-kapal moden bersaiz sederhana kami yang direka khas untuk memuatkan sehingga 2,000 tetamu, dan selami dunia penuh keajaiban.


Nikmati hidangan gourmet di bawah sinaran bintang, menari sepuas hati di parti bertema, dan terokai destinasi paling rancak di Asia. Biarkan diri anda terpesona dengan pemandangan bandar yang ikonik di Singapura, Bangkok, dan Tokyo, atau hayati kekayaan budaya di Jakarta, Ho Chi Minh, dan Seoul. Temui landskap Taiwan yang memukau serta tradisi Kyoto yang abadi sambil anda belayar merentasi Asia untuk membongkar segala permata tersembunyinya.


Setiap pelayaran bersama StarCruises bukan sekadar percutian biasa; ia ialah sebuah kisah istimewa yang menanti untuk dilakar di tengah lautan.