Pengembaraan merentasi pelbagai negara.

DESTINASI KAMI

Malaysia: Satu ekstravaganza budaya yang pasti memikat hati.

Terokai destinasi yang penuh dengan kemeriahan, di mana latar langit moden bertemu dengan warisan budaya yang kaya serta keindahan alam semula jadi yang menakjubkan! Jelajahi mercu tanda ikonik, pulau-pulau tropika dan pasar tempatan yang meriah, sambil menikmati keenakan hidangan tempatan. Daripada bandar yang sibuk hingga pantai yang tenang, rasai kemesraan dan pesona Malaysia untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.

Pengalaman lawatan darat yang mengasyikkan menanti anda

Selami dunia pengembaraan eksklusif yang pasti terpahat di ingatan dengan pakej Lawatan Darat pilihan kami yang boleh dibeli terus di atas kapal,

direka khas untuk menjadikan setiap destinasi persinggahan anda lebih bermakna dan luar biasa.


KUALA LUMPUR

Terokai Kuala Lumpur, bandar moden yang meriah

dengan mercu tanda ikonik Menara Petronas

dan keenakan Bak Kut Teh di Klang!

Terokai Kuala Lumpur & Batu Caves

Abadikan momen indah di Batu Caves, Harriston Chocolate Boutique, dan Petronas Twin Towers, nikmati pengalaman membeli-belah dan jamuan di KLCC, serta lengkapkan pengembaraan anda dengan mencari kraf tempatan dan cenderamata istimewa di Central Market, Kuala Lumpur.

Dewasa SGD60

Kanak-kanak SGD50


Lawatan ke Tempat Menarik Kuala Lumpur

Jelajahi keindahan Kuala Lumpur! Lawati Istana Negara, abadikan kenangan di Dataran Merdeka, serta terokai Menara KL dan Cocoa Boutique. Jangan lepaskan peluang mengagumi Menara Berkembar Petronas, sebelum meluangkan masa untuk membeli-belah dan menikmati pilihan jamuan di KLCC mengikut citarasa anda.

Dewasa SGD85

Kanak-kanak SGD75


Lawatan Citarasa Tempatan & Membeli-belah

Selami kemeriahan suasana Jalan Imbi dan nikmati coklat tempatan yang memikat di Cocoa Boutique. Kemudian, tingkatkan gaya hidup anda dengan beli-belah premium di Pavilion Shopping Mall, destinasi sehenti yang menawarkan jenama antarabangsa, pilihan jamuan eksklusif, serta aura bandar yang cukup rancak.

Dewasa SGD50

Kanak-kanak SGD40


Penerokaan Kuala Lumpur yang Mengasyikkan

Jom terokai keunikan Rex KL dan Kwai Chai Hong, kagumi pesona luar KLCC, serta nikmati pengalaman menarik di Cocoa Boutique dan Immersify KL. Akhiri pengembaraan anda dengan sesi beli-belah sakan di Lalaport Bukit Bintang City Centre dan Mitsui Outlet Park!

Dewasa SGD95

Kanak-kanak SGD85


Percutian ke Pulau Ketam (Kampung Ketam)

Nikmati lawatan berjalan kaki yang memukau di Pulau Ketam! Saksikan helang, kunjungi ladang ikan tradisional, dan akhiri hari anda dengan makan malam makanan laut yang lazat di tepi laut.

Dewasa SGD145

Kanak-kanak SGD135

Jelajah Warisan Klang

Bermula di Klang 0 Mile, kemudian terokai jalan-jalan di Klang Little India yang meriah. Singgah ke Klang Istana untuk bergambar, nikmati kek lapis pandan, dan terus ke AEON Mall sebelum diakhiri dengan pengalaman BKT yang berperisa Pelabuhan Klang.

Dewasa SGD45

Kanak-kanak SGD40

Perkhidmatan Pemindahan Kuala Lumpur

Pergi terus ke dan dari Bukit Bintang yang sibuk, di mana anda akan mempunyai masa penuh selama 7 jam untuk menerokai jalan Changkat Bukit Bintang yang terkenal dan daerah makanan Jalan Alor mengikut rentak anda sendiri.

Dewasa SGD35

Kanak-kanak SGD35

Perkhidmatan Transter Pelabuhan Klang

Pergi terus ke dan dari Sunway Pyramid yang meriah, di mana anda akan menikmati sehingga 6 jam untuk menerokai destinasi membeli-belah, menjamu selera dan hiburan yang meriah yang menampilkan seni bina piramid yang unik.

Dewasa SGD35

Kanak-kanak SGD35