Jaminan Harga Terbaik
Jumpa harga lebih murah? Kami akan padankannya.
Kami komited memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk setiap pelayaran.
Kalau anda jumpa harga yang lebih rendah di tempat lain selepas menempah dengan kami, kami akan padankan untuk anda.
Berlayar dengan yakin, anda sentiasa mendapat tawaran terbaik bersama kami!
Tempahan Yang Layak
Jaminan Harga Terbaik kami terpakai untuk tempahan yang dibuat terus melalui laman web atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan (pusat panggilan) kami.
Kadar Perbandingan
Jika anda menemui harga yang lebih rendah di mana-mana laman web lain bagi kapal, jadual pelayaran, jenis kabin, dan tarikh yang sama (“Harga Perbandingan”), anda boleh mengemukakan tuntutan kepada kami.
Keperluan Mata Wang
Tuntutan hanya sah sekiranya harga dibandingkan dalam mata wang yang sama dengan tempahan asal anda.
Jangka Masa
Sila kemukakan permohonan anda dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dibuat, dan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu pelayaran anda.
Pengecualian
Kadar kumpulan, kadar keahlian, atau harga yang tidak tersedia untuk umum tidak layak dijadikan sebagai Harga Perbandingan.
Jaminan Harga Terbaik ini boleh diubah atau ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis awal. Semua tuntutan tertakluk kepada semakan oleh StarDream Cruises, dan keputusan kami adalah muktamad.
StarDream Cruises juga berhak untuk menolak sebarang tuntutan di bawah program ini, serta membatalkan sebarang manfaat bagi tempahan semasa atau akan datang.
Pelanggan mesti melengkapkan borang tuntutan dengan menyertakan nombor rujukan tempahan, bukti harga yang lebih rendah (seperti tangkapan Skrin atau pautan laman web), serta dokumen sokongan lain seperti yang disenaraikan dalam borang.